When we see something different, somehow our understanding of the world changes. How we view the world as we know it alters and we become a different person.
Wednesday, December 22, 2004
This one cracked me up!
Seen on Harian Metro (Check out the symbolism!):
Karam sebelum belayar (Sunk before leaving port)
SAYA sudah berkahwin sejak setahun lalu. Masalah saya ialah air mani mudah terkeluar walaupun belum memulakan persetubuhan.
Adakah ia disebabkan oleh Am@lan mel@ncap yang kerap saya lakukan ketika remaja dahulu? Bagaimana caranya untuk melambatkan pengeluaran air mani atau klimaks ketika bersetubuh?
If you want to know the expert's answer (jawapan pakar) please click on the link above.
Also, this one also tickles me to no end! Taken from http://www.bharian.com.my/. Sorry the link is no longer available.
Kisah Teladan: Dahaga seks di Tanah Suci
APABILA seseorang sudah berada di Tanah Suci, mereka seharusnya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan ibadat haji. Ini kerana apabila seseorang sudah terbatal ibadat haji, adalah menjadi kewajipannya jika berkemampuan menggantikannya (qada) pada tahun berikutnya.
Itu yang berlaku pada satu pasangan suami isteri, yang tidak tahan godaan hawa nafsu hingga sanggup melakukan hubungan seks walaupun belum melakukan tahalul akhir.
Pasangan itu dengan beberapa kawannya memilih penerbangan awal untuk menunaikan ibadat haji. Mereka tiba di Madinah dan seperti biasa, lelaki dan wanita diasingkan walaupun pasangan suami isteri. Disebabkan ghairah untuk beribadat, masing-masing sibuk dan si isteri asyik dengan rakan wanitanya. Jarang sekali pasangan suami isteri itu dapat ke masjid bersama.
Walaupun berada di Tanah Suci, godaan syaitan tidak ada terhenti. Apabila si suami melihat wanita cantik, rasa ghairah tetap ada. Apa lagi dia sudah hampir sebulan tidak mengadakan hubungan seks dengan isterinya. Maklumlah seminggu dua sebelum berangkat ke Tanah Suci, mereka sibuk mencari barangan keperluan dan melayan tetamu yang datang ke rumah.
Apabila berada di Madinah, si isteri agak dingin dengan soal seks. Sebenarnya sebelum mereka berniat dan memakai ihram, pasangan suami isteri boleh menggunakan ‘bilik berkat’ yang disediakan Tabung Haji untuk hubungan suami isteri. Bagaimanapun, mereka tidak menggunakan bilik yang disediakan kepada pasangan suami isteri.
Selepas lapan hari berada di Madinah, mereka berangkat ke Makkah. Memandangkan mereka sudah berniat ihram, mereka tidak boleh lagi bercumbuan apa lagi melakukan hubungan seks. Seperti jemaah lain, banyak masa dihabiskan di Masjidil Haram.
Selepas berada di Makkah, pasangan itu berangkat ke Arafah. Di Arafah juga lelaki dan wanita diasingkan. Arafah adalah tempat seseorang digalakkan memohon banyak keampunan daripada Allah dan doa yang ikhlas di bumi Arafah akan dimakbulkan Allah.
Dari Arafah, bas yang dinaiki pasangan itu melewati Mudzalifah sebagai salah satu dari wajib haji dan mereka sepatutnya berada di Mina tetapi bas yang membawa mereka terus ke Makkah. Apabila berada di bilik hotel dengan keadaan yang agak sunyi kerana sebahagian jemaah berada di Mina, timbul keinginan suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya. Si suami begitu dahagakan seks.
Akhirnya pasangan itu melakukan hubungan seks. Ketika sedang berehat, si isteri sempat membelek buku agama yang dibawanya dan alangkah terkejut kerana seseorang jemaah tidak boleh mengadakan hubungan seks sebelum tahlul akhir. Sepatutnya selepas kembali dari Mina, mereka melakukan tahlul akhir, iaitu tawaf, saie dan bergunting. Selepas itu baru dibolehkan melakukan hubungan suami isteri.
Setelah pasangan itu merujuk kepada guru agama maktab, sah ibadat haji mereka terbatal, malah diwajibkan membayar fidyah dengan menyembelih seekor unta. Bukan setakat itu saja, mereka juga jika berkemampuan, perlu qada ibadat haji pada tahun berikutnya.
Bagi haji qada, jika seseorang masih tidak memiliki kewangan yang cukup, mereka perlu menjual sedikit harta benda untuk melaksanakan ibadat itu. Begitulah beratnya haji qada berbanding haji biasa.
Iktibar dari cerita ini, walaupun seseorang berada di Tanah Suci, godaan syaitan tidak terhenti malah semakin mencabar. Ketahanan iman amat penting.
Dalam hal ini, isteri juga jangan bersikap negatif dalam soal seks. Jika suami mengajak berasmara ketika belum berihram hendaklah ditunaikan permintaan suami kerana itu salah satu hikmah daripada berumahtangga.
[Moral of the story if your husband tells you he wants to do it with you, just do it! *LOL*}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment