Saturday, August 06, 2005

Hujung minggu saya

Occasional Bahasa entry

Mintak maaf lama tak update. Maklumlah kami sibuk berkabung. Sebagaimana yang ramai telah ketahui, Raja di sini telah pulang ke Rahmahtullah pada hari Isnin yang lalu. Sebenarnya ramai di sini telah lama tahu yang Raja di sini sedang gering. Malah saya ada mendengar beberapa khabar angin dari jururawat malaysia yang bertugas di hospital di mana Raja tersebut dirawat.

Ramai di Malaysia bertanya sama ada kami mendapat cuti di sini. Kami pun tertunggu-tunggu sekiranya di buat apa-apa pengumuman. Namum kami hampa. Kerajaan di sini mengambil keputusan untuk tidak membesar-besarkan kematian Raja mereka yang telah berumur 84 tahun itu.

Tetapi ade beberapa perubahan yang terpaksa di lakukan untuk acara social kami di sini. Sebenarnya kami telah mendapat 3 jemputan sekali gus pada hujung minggu. (Di sini cuti hujung minggu adalah hari Khamis dan hari Jumaat.) Dua jemputan Masalama atau perpisahan, dan satu jemputan Aqiqah. Oleh kerana masyarakat Melayu/Malaysia di sini tidak ramai, dan keadaan social di negeri ini amat lain sekali daripada apa yang pernah kami semua alami, masyarakat melayu Malaysia di sini amat rapat. Kami sering berjumpa pada hujung minggu, lebih-lebih lagi apa bila ada jemputan seperti yang saya cerita di atas tadi. (Maklumlah bukan ada benda lain nak buat pun.)

Oleh kerana dua daripada majlis tersebut di anjurkan oleh keluarga yang bekerja dengan kedutaan, maka kedua-dua majlis tersebut terpaksa di tundakan ke hari Jumaat kerana mereka sibuk dengan kedatangan orang-orang kenamaan (Agong) dari Malaysia.

Seperti yang saya katakan tadi, masyarat melayu di sini amat kecil, jadi yang menghadiri majlis-majlis tersebut semuanya orang-orang yang sama. Tapi tak apalah kerana kami sempat mengucapkan selamat jalan kepada keluarga yang akan pulang ke tanahair, keluarga yang akan berpindah ke negara lain dan selamat datang pada keluarga yang baru sampai di sini.

Puan yang baru sampai seminggu ke mari mengeluh sedikit kerana beliau terasa amat terperanjat (culture shock) apabila sampai ke mari. Walaupun mereka pernah di tugaskan di negara lain sebelum ini, tetapi mereka terasa sekali amat lainnya suasana, cuaca dan kebudayaan orang di sini. Kami, samada yang telah lama di sini (seorang kakak ni dah berada di sini 16 tahun!) atau yang baru juga tiba, faham akan perasaan nya. Lebih-lebih lagi kerana Puan ini tinggal di sebuah rumah villa bersendirian, tidak di dalam Compound seperti kami yang lain. Beliau mengeluh yang beliau terasa amat terasing sekali apabila sampai ke mari. Ditambah pula kerana suaminya sibuk membuat tugas-tugas rasmi jadi tidak mempunyai masa untuk menolongnya untuk menyesuaikan diri di sini.

Seperti tuan-puan pembaca telah tau, kami sebagai wanita di sini tidak di benarkan memandu kereta. Kalau mahu keluar rumah pun kami bergantung pada suami kami kerana kalau berjalan bersendirian, kadangkala kami di ganggu oleh pekedai di sini yang biasanya lelaki. (Sebenarnya begini, yang bekerja di kedai tu pun bukan orang sini, orang pendatang seperti kami juga. Ada dari benua Asia, ada pula dari negara Arab yang lain. Tetapi hanya pekerja yang berkelulusan university dibenarkan membawa isteri dan keluarganya di sini. Jadi ramai pekerja lelaki di sini amat gersang.) Lagipun sebagai wanita di sini kami dapati kadangkala kami tidak di ambil endah atau pula ditanya berbagai soalan-soalan yang malas kami nak jawab. (Soalan cepumas di sini, dari mana awak datang. Entah kenapa begitu penting bagi mereka untuk mengetahui kami datang dari mana. Dan tekaan awal mereka biasanya adalah Filipina atau Indonesi.)

Sidetrack
[Rupanya saya dapat tahu kadangkala mereka bertanya tu semua sebagai "pembuka jalan." Malangnya di sini ramai pekerja asing khasnya yang datang dari negeri jiran ada membuat kerja part time di sini. Yelah mungkin mereka datang yang negara yang susah dan mahu pengumpul duit dengan cepat untuk pulang ke tanahair mereka. Lagipun di sini wanita dan lelaki tidak dibenarkan bergaul secara bebas, walaupun mereka bukan beragama Islam. Akibatnya, ramai yang mencari jalan sulit untuk buat perhubungan, sama ada yang privat atau dari segi keuwangan. Jadi jangan sangka di sini tidak ada pelacuran.]

Jadi majlis-majlis tersebut adalah peluang untuk Puan tadi berkenalan dengan masyarat malaysia di sini.

Daya tarikan majlis-majlis seperti ini, selain daripada dapat bertemu dengan teman-teman yang lain, kami dapat juga menikmati hidangan yang di sediakan. Bagi orang seperti saya yang malas dan tidak pandai membuat kuih-kuih melayu, acara seperti inilah peluang untuk saya melepaskan rindu dapa kuih talam, ketayap dan kuih bakar. Tapi bila makan tu kenelah makan sikit-sikit je, maklumlah orang lain pun nak melepaskan rindu gaks hehehe.

Di majlis Aqiqah pula saya pertama kali merasa lauk atau masakan yang di namakan "Mandi." Bukan mandi di bilik air pakai sabun! Begini caranya, cara "Mandi" ini di masak adalah dengan membakar seekor kambing di dalam sebuah oven khas. Di bawah kambing yang di pusing-pusingkan sambil di bakar itu, mereka letakkan nasi. Jadi semua air dan lemak dari kambing tersebut akan menitik di atas nasi tersebut untuk menambahkan perasa pada nasi tersebut.

Memanglah berminyak tapi oleh kerana kambingnya amat segar, (yalah baru di sembelih untuk Aqiqah) maka rasanya enak sekali.

Apa yang kami bincangkan di dalam majlis-majlis ini? Selain daripada mengutuk (kutuk orang sini la apa lagi hehehe), kami juga bergossip. Antara gossip-gossip hangat yang cuba kami bincangkan (tapi kekadang takde informasi cemana?) adalah tentang Siti Nurhaliza dan Datuk K (siapa ada informasi sila update saya ;)), AF (ada akak yang baru balik dari cuti di Msia dia cerita pasal Tudung Mawi! Sapa ada gambar tudung Mawi?), Ayah Pin (ada yang tak dapat berita dari msia jadi tak tau pun pasal hal Ayah Pin), ringgit float (RM dah naik sikit dibandingkan dengan duit sini! Cepat anta duit balik!) dan soalan cepumas bagi semua, "Bila nak balik Malaysia? Dah book tiket ke belum? Raya balik ke tak?"

Satu lagi topik yang amat sensitip sekali adelah bagi perihal anak. Topik ini pada saya, selalu kalau bersama geng Malaysia sahaja di bincang secara panjang dan lebar (mungking partly pasal Puan baru datang tu belum tahu nak hantar anaknya ke sekolah yang mana satu.) Tapi yerlah kesianlah pada seorang Kakak ni, dia belum dikurniakan cahaya mata lagi. Tapi yang pelik pada saya, yang lain ni siap nak tanya dan discuss dengan dia kenapa dia belum dapat anak. Ada yang tanya sama ada ahli keluarganya yang lain ada anak atau tidak. Bagaimana pula dengan keluarga suaminya. Laaaa tu kan kisah rumahtangga orang. Kenapa mesti di bincangkan beramai-ramai? Apa lagi semua petua-petua orang dulu-dulu keluarlah, ada yang suruh Akak tu dokong bayi tersebut, ada yang suruh Akak tu letak baby tu di perutnyalah. Ada kata patut dia duduk atas uri wanita yang baru bersalin. Macam-macam! Bukan apa pada saya, kalau Akak itu sendiri telah mengalami tekaan akibat topik tersebut, lalu membuat petua-petua tersebut tapi tak juga menjadi. Kan haru! Pelik juga saya kerana pada saya, ajal, maut dan rezeki semua Allah yang tentukan. Bukankah patut kita berdoa pada Allah dari pada membuat petua-petua tersebut? Bukankan kita lebih baik tolong mendoakan Akak tersebut beramai-ramai daripada membuka discussi mengenai hal rumahtangga nya (nasib takde yang tanya "you buat pakai teknik apa?" lagi haru!) Lagipun kalau Kakak tu stress memikirkan topik tu selalu, bagaimana badanya nak relaks. Hanya apabila badan kita relax, ia akan dapat berfungsi dengan baik. Tapi saya diam sahajalah. Kakak-kakak tu semua lebih tua dari saya, lebih banyak makan garam dan lebih banyak pengalaman. Nasib baik mereka tak tanya saya apa-apa, mungkin mereka nampak saya tidak berminat untuk masuk sama dalam topik tersebut.

Sebenarnya bukan topik anak yang pada saya sensitip, tetapi perihal rumah tangga orang lain yang diceritakan dan di bentangkan di khalayak ramai yang buat saya merasa tidak selesa. (Lebih lebih lagi err bende bende privat atau yang boleh mengaibkan.) Kadangkala saya rasakan masyarat Melayu ini terlalu bebas menceritakan perihal rumahtangga mereka atau bertanya perihal rumah tangga orang. Asalkan mereka tidak bertanya mengenai saya tak mengapalah, saya diam sahaja mendengar.

Sekian kali ini saya telah panjang lebar membebel. Inilah kali pertama saya mencuba menulis blog ini dari awal hingga ke akhir dalam Bahasa. Nampak sah Bahasa saya tidak begitu elok. Tapi maklum lah dah dua hari bertutur dalam bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda buat pada hujung minggu anda?

5 comments:

elisataufik said...

hari khamis bangun pagi2 buat sandwich telur untuk bekal atas kereta pegi qatif nya pasar tani.
Panas giller sampai beli purdah and pakai terus.
balik rumah kul 9, sambung sarapan, tengok tv, pastu keluar pegi filfilah restoran makan nasik + lamb and roti + grilled chicken.
ingat nak pegi jalan2 amik gambar tapi panas sangat, balik rumah, tidor dlm aircond lagi best. malam blog sket, maklumlah.. dapat guna computer jarang2 sekali..

hari jumaat masak mee goreng (jumpa mee cina kat giant! woo hoo!!), pastu tengok repeat result inxs rock star sambil2 tunggu nasik masak and sementara taufik bawak the boys pegi sembahyang jumaat. Pastu blog sat.
dah malam sikit pegi Xtra tengok dvd player, pegi giant beli groceries pastu gi makan @pizza hut.
Begitulah adanya.

JoeBangla said...

nak tergelak pulak baca entry dalam bahasa melayu you nih :-)

Leyla Shuri said...

Good thing I dont have people like those kakaks around me!

atiza said...

sebenarnya saya amat terkejut melihat entri anda yang berbahasa melayu. syabas!

sebenarnya dalam majlis kenduri kendara (walau sekecil mana pun), acara yang paling menarik sekali adalah bergossip.

Datuk K dengarnya orang 'besar-besar'. anda boleh pengsan dan lemas melihatkan kelebatan kumisnya. saya pengsan 2kali kerana geli geleman.

sekian terima kasih

Sunfloraa said...

Elisa, panas kan! Best tak pasar tani? I have never been to pasar tani here. Tak tau nak tawar cemana!

Joe, heheh gelak jgn tak gelak! Hubby said sakit mata dia baca my entry in melayu.

Halela, tu laa lucky you.

Atiza, heheh datuk K ni berkumis panjang yeks! Maybe ade rahsia penarik di sebalik kumis itu ;)