Jam 10 malam di kota Singa. Ke mana boleh kami pergi? Leceh sungguh rasanya tidak ada empat roda sendiri, tapi tak mengapa teksi banyak ada. Ke manakah kami? Yang lain semua sudah tutup, ke Mustafa center la akhirnya. Di buka 24 jam, boleh saya lepaskan geram hendak membeli belah di tengah malam dalam kota singa yang humid ini.
Di Mustafa saya perasan, ada ramai Melayu. Ada yang datang sekeluarga, ada yang datang bersama teman-teman. Ada yang melihat saya dengan tanda tanya di muka mereka. Ada pula yang setelah melihat and memalingkan muka ke tempat lain. Lantaklah.
"They think you are Malaysian." Bisik si dia. Betulkah? Sudah lama ku tinggalkan kota ini hingga aku dilihat seperti orang asing di tempat kelahiran ku?
Mungkin kerana saya bertudung hitam dan mendokong si cilik di dalam sling.
Tapi yang nyata bahasa yang dituturkan orang Melayu di k0ta Singa ini susah untuk saya fahami. Phrasa-phrasa yang amat janggal di dengar timbul semula.
"Kitaorang nak pegi makan lah!"
Pengalaman saya ini, saya ceritakan pada Crof. Adakah ini perkembangan baru?
Ya inilah dia Melayu ghetto. Mereka ada lingo mereka sendiri. Cara percakapan mereka berbeza.
Yang jelas bukan saya sahaja yang nampak/denagr kelainan dalam mereka.
Sedang saya membeli coklat di Millinea walk, saya di tanya,
"You all ni bukan orang sini ke?"
Erkk.
"We are, just that we've been living abroad for awhile."
Dia nampak tanduk alien kah di atas kepala saya?
4 comments:
hmmm...
agaknye sebab tak ramai yang guna sling like yours? and shop during working hours?
Kitorang nak bilang emak, kakak gi dating hari enam!
Boyfriend kakak tu selengge!
That's another typical spore-malay talk.
oooo akak org singapore... seronok bercuti? berapa umur si cilik tu?
out of topic sikit la... maaf yer
saya dah tukar url dari kauilhamku.blogspot.com (A.K.A) kepada irisku.blogspot.com (1na)
bila nak jengah ke putrajaya? inform la saya yer :)
1na @ a.k.a
hehehe...
it came to a point where I actually rolled my eyes and told some of them I don't subscribe to ghetto speak and thus do not understand them and do not want to either. hahahaha. it's quite crass actually... and the proliferation of tattooed Malays... omg... it's so shameful!
Post a Comment