Monday, August 21, 2006

Lama tak update

Pasal terasa malas pulak. Banyak cerita saya dengar tapi saja takde ilham nak menulis. Seorang kawan yang sudah berada di sini selama 20 tahun akan pulang ke tanah air. Sedih rasanya. Saya tinjau rumah yang telah mereka sewa selama 9 tahun. Adoiii pening kepala!

Saya pula terasa gerun. Bagaimanakah nanti apabila sampai masanya untuk kami berpindah? Banyak harta karun yang telah saya kumpul. Rumah ini dah mulai menjadi gua Ali Baba. Yerlah kadang-kadang ada kawan yang balik negri beri saya barang mereka. Adapula orang yang berbaik hati beri barang yang mereka sudah tidak perlukan. Adoiiii.

Nasib baik KaKlela dapat berchat dengan saya kelmarin dan memberi saya tip bagaimana hendak bersihkan blog saya ini daripada gangguan spyware. Entah mana dapat spyware tu tak taulah.

Ada juga pergi bercoffee morning di rumah kawan di sini. Banyak pula mendapat gossip. Yelah sedangkan lidah, boleh bergigit apa lagi situasi di office terbawa-bawa ke kehidupan seharian.

Bulan Ramadhan sudah mulai dekat. Sudahkah anda habis membayar hutang puasa anda?

Bagaimana pula dengan zakat harta anda? Sudahkah anda langsaikan?

Kalau nak hantar baju melayu untuk di tempah baiklah di hantar sekarang. Nanti bila Ramadhan sudah mula ramai tailor tak mau ambil upah lagi.

Saya pula sedang tunggu kedai kain kegemaran saya membuat SALE agar saya dapat memborong kain kegemaran saya. Malangnya kedai tu tak ada SALE langsung!

Sesiapa yang nak menunaikan ibadah Haji tahun ni baik lah mula bersedia, dah daftar nama?

Kalau ikutkan hati memang terasa nak pergi lagi. Insyallah kalau ade panggilan dan rezeki. Umrah pun dah lama tak pergi. Nak tunggu musim cuti sekolah berakhir. Tapi tahun ni tak lama selepas sekolah dibuka semula, Ramadhan pun menjelma. Tentu ramai yang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan.

Tinjau-tinjau di blog teman-teman ramai juga yang tak rancak berupdate. Uh Uh.

I think I have rambled enough. Its obvious that my coherant voice is in a rut right now. Thank you for your comments. Sorry I havent gone round to replying them.

4 comments:

Kak Teh said...

sunflora, kak teh adalah antara yang semakin kurang rancak untuk mengupdate...Bila dah lepas dua minggu masuk sebulan, hmm dah tak kisah dah sangat. Susah2 tampal gambar. Anyway, ada berita nak datang ke Londra ke?

Jiwa Rasa said...

Salam,

Lama tak singgah di sini. Tak sedar bahasa di sini pun dah berubah.

Rejab dah di penghujung, Syaaban akan menjelma. Rasa cepat betul masa berlalu.

Lollies said...

ada satu hari lagi ni nak ganti.

auntylela said...

Selamat cuti-cuti Msia!
Makan berpada-pada ye!