Pada hujung minggu lalu kami berjumpa sekali lagi untuk wanita-wanita yang bermain kutu. Dalam group kutu saya ni ada ramai juga jururawat yang bekerja di hospital gomen di sini. Yerlah kalau dah semua wanita bertemua tanpa lelaki, topik semasa antara lain termasuk topik lelaki tempatan di sini.
Menurut K (Bukan Datuk K yea!) ada seorang pakcik berumur 82 tahun yang datang ke clinic nya setiap bulan. Cuba teka dia datang untuk check apa? Pakcik 82 tahun datang untuk memohon dipasangkan alat sulit baru atau prostetic. Setiap bulan permohonanya di tolak oleh doktor kerana jantungnya terlalu lemah untuk keseronokkan seperti ini. Tetapi Pakcik 82 tahun ni tidak mahu menerima hakikat ini dan akan datang setiap bulan. Khabarnya dia mempunyai seorang calon remaja berumur 18 tahun yang bakal di jadikan isteri.
Rupanya di sini ramai lelaki yang sudah lanjut usianya berkawin dengan anak gadis muda. Bila saya tanya kenapa atau bagaimana gadis-gadis ini bersetuju untuk dikawinkan dengan pakcik tua dan berkerepot? Ceritanya mungkin keluarga perempuan tersebut memerlukan duit, dengan perkawinan tersebut keluarganya akan menerima "pampasan" dari lelaki tersebut.
Teringat saya bila saya pergi ke pasar emas kemarin. Saya ternampak seorang pakcik tua memberli satu set barang emas siap rantai, anting-anting, gelang dan sebagainya.
Di sini tak ramai mencuri/peragut kalau di Malaysia mungkin pakcik tu tak berani shopping sorang-sorang agaknya yerlah takut di rompak! Sure kalau dua orang lelaki tolak pakcik tu sekali dapat rampas barang emas tu. Tapi di sini pencuri di hukum potong tangan jadi tak ramai pencuri.
Memang saya sendiri terfikir, pakcik tu beli barang kemas untuk dia atau untuk anak nya? Sebabnya di sini kalau lelaki yang membeli set seperti itu, untuk hadiah perkawinan.
Geng jururawat memberitahu saya yang di sini ramai lelaki yang memasang berbagai jenis alat untuk menolong mereka berfungsi. Sama ada yang berpump, yang plastic dan sebagainya. Pill biru pula memang senang di beli di farmasi di sini tanpa perlu prescription.
Jangan di sangka yang berkopiah, berjubah dan bertasbih itu tidak ada nafsu! kadangkala mereka ini lebih dahsyat!
7 comments:
Eeeyuuuu, pak cik kerepot!
Gatal, miang dah nak mampos...tak ingat lagi, isk, isk, isk!
kenapakan topik2 sensasi sebegini tidak di ketengahkan sewaktu gathering tempoh hari??
kih kah kih kah
Salam, ala itu standard la...lisa and lela...dekat Tehran ni lagi le haru...jealous pun ada aku ni, dah tua2 pun makwe muda2..pehhhhh....tapi jangan lupa, dia orang umur 20 tahun macam dah 35 tau..... aku dok sini umur 40 macam 25...ceh..ceh....Cindailela.
*LOL* macam-macam ada kat dunia ni... :)
You take care!
ohh kat misa kalau nampak alim tu sangatlah bahayanya
sunday Msia Time 15.10 pm
Klela masuk lagi untuk cari spy. Semua dah clear, sekarang blog ini dah bersih dan cantik.
Yang penting hepi.
Post a Comment