Di mana kau letak harga diri?
Bermanja dengan lelaki-lelaki bergelar suami.
Kau ghairah menonjolkan diri
Pada mana lelaki yang kau mahu miliki
Pada si isteri kau katakan
Lelaki boleh berkawin empat
Apa yang kau cari?
Kasi sayang?
Nama?
Wang?
Kuasa?
Perhatian?
Banyak mata memandang
Hanya diam
Tidak sanggup berlaku tidak sopan
Tak kuasa hendak bertekak
Yang ada hanya buat pekak
Kau jaja dirimu begitu mudah
Pada siapa sahaja yang kau sangka
Dapat memberimu perhatian
Tanpa malu atau segan
Padahal manusia ada batasan
Sedarlah sendiri
Senja menanti ke malam hari
Jangan hanya mengejar bayang-bayang
Yang akan hilang tanpa pesan
1 comment:
heh
kesian pun ada, kelakar pun ada.
but most of all, tak sangka you can write malay poetry so well ;)
kalau i, hancusssss
heh heh
Post a Comment