Wednesday, February 14, 2007

Cemana?


Kesian Akak ni. Dia sebenarnya menang lucky draw di shopping center berdekatan dengan rumahnya. Hadiahnya adalah sebijik kereta BMW. Dia di beritahu yang dialah pemenang kereta tersebut. Tapi lepas 4 bulan kereta tak muncul tiba. Rupanya tuan punya shopping center tu tipu. Kereta tersebut tak bayar pun pada dealer.

Akhirnya Chamber of Commerce di sana pun tolong. Inilah dia upucara penyampaian kunci. Untuk menampakkan kelainan skit dia belilah tudung cantik. Warna tetap hitam, tapi kurang-kurangnya nampaklah kerawang-kerawang lace. Sure mahal tudung ni, yerlah nak ambil BMW yang berharga RM134,000.

Tapi cemana dia nak bawak keta dengan muka tertutup camtu? Oooo lupa plak, kat negri ni orang pompuan takleh bawak keta. Yerlahh takut mendatangkan maksiat kalau pompuan bawak keta nanti.

Kiranya cukup bagus gaklah depa kasi kat dia kunci kereta tu. Boleh lah dia jual ke, bagi hadiah kat suami dia ke atau adik lelaki dia ke, bapak dia ke, anak lelaki dia ke. Sekurang-kurangnya kalau dia jual pun leh dapat duit kan. Sedihlah kalau ade keta best-best tapi takleh bawak sendiri, kene amik supir dari luar negeri untuk bawak keta tu. Sedaplah supir tu nanti.

Pelik kat sini pompuan takleh bawak keta sendiri. Tapi pompuan leh duduk belakang supir atau taxi driver duk depan.


Tahniah akak dapat keta sebijik, walaupun takleh bawak sendiri tapi dapat juga keta tu!

2 comments:

Wang Pirang-Pirang said...

i know how the Akak felt when she won the car prize. My master felt the same last time.. Old story.. She should sell it and bring the money home!

ninuk said...

hi ... i'm bloghopping and got here from elisa's iris entry. i wouldn't mind if i don't drive the car ... i want it anyway ! uuuhhh i wish i hv a driver here, fenat drive in malaysia ni.