Wednesday, May 18, 2005

I cannot resist!

Ok this is merely a cut and paste thing but I cannot resist!

Gagal bersama isteri kedua

SAYA kini berusia 48 tahun dan sudah berkahwin selama 25 tahun dan mempunyai lima anak. Lima tahun lalu, isteri saya dijangkiti penyakit berkaitan kewanitaan. Menurut pakar sakit puan, penyakit isteri saya sukar disembuhkan dan saya tidak dibenarkan bersama dengannya untuk mengelak jangkitan.

Kini, saya sudah berkahwin lain selepas mendapat kebenaran isteri pertama. Namun, saya menghadapi masalah ketika mahu bersama isteri kedua. Zakar saya tidak mampu ereksi, malah ia semakin kecut daripada berukuran lima setengah inci hingga dua inci saja! Saya juga tidak mampu mendapat ejakulasi dan yang keluar hanya air mazi saja.

Adakah masalah ini berlaku akibat perbuatan isteri pertama saya. Ketika mengadakan berjimak dengannya, zakar saya berfungsi seperti biasa tetapi apabila bersama isteri kedua, perkara sebaliknya pula yang berlaku.

BON,
Pekan, Pahang.


KEMAMPUAN untuk melakukan persetubuhan bagi lelaki terletak kepada tahap kesihatan dan tahap ereksi. Jika tahap kesihatan bagus, maka mudah untuk lelaki mencapai ereksi yang mencukupi supaya dapat melakukan hubungan seksual penetratif. Di samping itu, tenaga yang kuat dan daya kekuatan atau stamina diperlukan terutama jika beraksi dengan pasangan lebih muda!

Daya kekuatan ereksi yang mencukupi diperlukan supaya dapat melakukan penetrasi yang mana keperluan itu jika bersama pasangan muda daya penetrasi lebih kurang tiga kali ganda! Jadi tidak hairan jika terdengar lelaki beristeri muda daripada pasangan awalnya mendapati dia kurang mampu melakukan hubungan penetratif dengan pasangan baru kerana daya kemampuan yang amat rendah. Ini membuatkannya berasa rendah diri dan mengalah kerana tekanan kepada egonya, maka dia mengaitkan kegagalannya kepada ilmu hitam atau perbuatan sihir isteri tua.

Sebenarnya isteri tua lebih mengetahui mengenai suaminya itu dan kemampuan syahwatnya. Dia juga boleh mengubah suai keadaan kerana dia tahu bagaimana cara hendak meningkatkan ego suami.

Walaupun suami sebenarnya berkeadaan lemah tetapi masih berkemampuan ‘sedikit’ untuk melakukan persetubuhan.

Isteri muda mungkin belum lagi tahu cara dan kebijaksanaan yang ditimba dari pengalaman persetubuhan dan perkongsian hidup seperti isteri tua!

Jika masih gagal untuk bersetubuh, sila jumpa doktor kerana anda mungkin mengalami disfungsi erektil dan perlu mendapat rawatan sewajarnya. Ubat PDE-Inhibitor seperti viagra, levitra atau cialis dapat membantu dengan nasihat dan bimbingan doktor.

13 comments:

Sang Kelate said...

SF:

Hahaha... where did u find this. Got malay tabloid online?

SK

Sang Kelate said...

Oh... got link didn't realize it.. Hmmm looks like malay are still some obessed with this ... first time come across with the term 'Doktor Sakit Tuan'. No wonder la 'kopi tongkat ali', 'kacip fatimah dll so famous. I guess parents in Malaysia will have lots of hard time answering questions from their kids if they subscribe this 'Harian Metro'.. It should be called 'Harian Picisan'.

SK

atenah said...

hmmmm...having deep thoughts abt this HA HA HA

d'arkampo said...

hmmm....

Let me see...

Tuan boleh cuba Belly Dancer's costume. Nurse's or waitress's uniform.

Viagra?

naaaaaaaaah.

Sunflora said...

SK hehehehe welllllll I think Metro cannot publish page 3 girls so instead they offer soal jawab :) Even the soal jawab tentang agama section is about sex ;)

Atenah hehehe tu kaaaan. Kesian diaaa.... padan muka! Siapa suruh kawin bini no 2! Some men don't get it even if the wife says YES in the mouth, its NO in their hearts.

Po, speaking from experience nampak :)

atiza said...

I'm trying to suppress my laughs..but sorry..I can't..

ROTFLOL (to infinity)

zer said...

ape punya mentaliti la pakcik ni. Dia ingat senang ke nak 'perah' kelapa muda.... pepandai tuduh bini tua.

Lollies said...

I'd like to dedicate the song Bangau oh Bangau to Encik Bon dari Pahang.

Yeah put the blame-on-other syndrome.

CikNi said...

aku suka jawapan dia tu- isteri tua pandaiiii

yg muda tu baru nak bljr

bljr jgn tak bljr

CN said...

ouch..

mcm tak cukup umur plak baca this artikel..

tp HAHAHAHAHAHAHAH

Sunflora said...

Atiza, Neither can I ;) Sakit perut baca.

Lollies, Yeahhh super bangau tul.

CikNi, hahaha I wonder if they'd have a hands on demonstration session?

CN, tu laaaaaa hang tu muda sgt! Welkam back to the cyberworld! Lama tul tak nampak!

Anonymous said...

How did the doctor came to know that the 2nd wife is muda?

Walaubagaimanapun, I like the way the doc answered the Q, padan muka lelaki tak sedar diri tu.... Wahahaha.....

FAITH

Sunflora said...

Faith,

Hahaha you are so right! Maybe the 2nd wife lagi tua kut? Tu psal takleh naik? hehehehe